26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

18 ‘sniper’ PDRM tamat kursus, sedia untuk berkhidmat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JANGAN fikir dalam filem Hollywood atau di luar negara sahaja ada pasukan penembak tepat atau dipanggil sniper ternyata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak kurang hebatnya.

Kini terdapat 18 pegawai kanan dan anggota PDRM yang boleh bergelar penembak tepat selepas berjaya mengharungi kursus asas selama hampir sebulan di bawah Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) siri pertama bagi tahun ini.

PDRM dalam kenyataan berkata, kesemua yang berjaya tersebut telah membuktikan diri mereka layak selepas menjalani latihan penuh mencabar selama hampir sebulan.

“Kursus edisi kali ini turut disertai oleh dua Pegawai Rendah Polis dari E1 Cawangan Khas Bukit Aman,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Koperal Zainal Azam Zainol Abidin dari UTK dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kursus tersebut.

Baca juga:   TNB bekal elektrik voltan tinggi untuk LRT Laluan Shah Alam

Penganugerahan sijil tamat kursus itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Datuk Samsudin Basir dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim.

Selain itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Alzafny Ahmad, Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman. – Edisi 9

Baca juga:   Polis KL tumpas sindiket pengedaran dadah, 4 lelaki ditahan

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan