Thursday, July 23, 2026

Polis buru lelaki gunting Jalur Gemilang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang melakukan perbuatan khianat dengan menggunting Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), ibu negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan, setakat ini tiada laporan dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian tersebut.

“Tindakan mengesan lelaki yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat dimuat naik dalam aplikasi TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah serta memakai topi menggunting dan merosakkan beberapa bendera Jalur Gemilang.

Difahamkan terdapat pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun mereka pula dimarahi.

Bendera-bendera Jalur Gemilang itu dipasang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang akan diraikan pada 31 Ogos ini serta Hari Malaysia pada 16 September. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan