26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Anggota polis cedera digigit penagih dadah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis cedera di lengan kanan digigit ketika bergelut dengan penagih dadah yang membuat kacau ganggu di sebuah stesen minyak di Bukit Gambir, Tangkak, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, kejadian berlaku pada jam 1.00 petang ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun.

“Suspek berkenaan didapati terbabit membuat kacau ganggu di sebuah stesen minyak berkenaan.

“Ketika tangkapan dilakukan, suspek cuba untuk meloloskan diri dengan menggigit lengan anggota polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadhil berkata, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.

Menurutnya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Baca juga:   Meninggal dunia sebelum sempat ambil daging korban

“Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan