24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Pandang serius kes buli, KPM lancar portal aduan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PORTAL aduan buli dilancarkan hari ini bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, setakat ini sebanyak 122 kes buli yang disabitkan kesalahan di seluruh negara direkodkan antara Januari dan Julai tahun ini.

“Apa yang penting berikan maklumat tepat untuk kami lakukan siasatan.

“Setiap aduan diterima akan direkod dan maklumat pengadu juga boleh dirahsiakan sekiranya mereka inginkan,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas melancarkan portal aduan buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 14(1), hari ini.

Portal aduan buli boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli.

Ia menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga.

Saluran tersebut adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel ([email protected]) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu.

Baca juga:   Subsidi upah: RM1.2b diluluskan setakat 4 Jun
Portal aduan buli KPM.

Turut dilancarkan ialah program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat iaitu kolaborasi antara KPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, talian khas tersebut boleh dihubungi 24 jam dan setiap aduan akan diambil tindakan segera oleh KPM.

Dalam masa sana, katanya, KPM tidak akan berkompromi dalam isu buli dan pihak sekolah juga telah diarahkan untuk tidak menyembunyikan kes buli di tempat mereka.

Baca juga:   Gempa bumi lemah direkodkan di Kundasang pagi ini

“Kita tidak perlu berselindung dan tidak perlu sorokkan (kes buli)… sebab itu ketika saya masuk kementerian jika ada kes buli kami tidak pernah sorokkan.

“Kami maklumkan pada pihak sekolah jangan ada sesiapa yang cuba sorokkan kes buli ini kerana untuk selesaikan masalah, kita kena faham setakat mana perkara ini berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata beliau telah mengarahkan pihak polis untuk memberi penekanan terhadap kejadian buli yang berlaku di sekolah.

“Generasi baharu beranggapan buli itu perkara biasa dan sebab itu kita ingin buli ini dikurangkan. Saya setuju polis beri penekanan untuk turun ke sekolah untuk beri lebih banyak penerangan,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan