23.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Angkasa rancang strategi perkasa sekuriti makanan negara

Masyarakat perlu mendapat bekalan makanan dengan mudah pada harga berpatutan beserta nutrisi yang mencukupi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) merancang strategi berkesan bagi memperkasakan agenda sekuriti makanan negara.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya akan meneruskan usaha memerangi orang tengah dalam rantaian makanan menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak di seluruh negara.

“Apa yang penting masyarakat hendaklah mendapat bekalan makanan dengan mudah pada harga berpatutan beserta nutrisi yang mencukupi.

“Perbincangan antara pihak pengurusan Angkasa bersama beberapa pihak luar yang terlibat dalam tanaman sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, perikanan, pembungkusan dan penjenaman, secara tidak langsung membuka laluan kepada pengwujudan satu pelan tindakan konkrit untuk dibentangkan pada Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas selepas mempengerusikan perbincangan mengenai Program Sekuriti Makanan di Shah Alam hari ini.

Baca juga:   PRU15 : Tiada paksaan UMNO Bahagian sokong Ismail Sabri PM10

Terdahulu Abdul Fattah berkata, Angkasa diberi keyakinan tinggi untuk menggerakkan sinergi khususnya dalam kalangan anggota Angkasa yang kini mencecah lebih tujuh juta orang.

Usaha ini antara inisiatif kerajaan untuk mensejahterakan sosioekonomi rakyat seterusnya digerakkan oleh sektor koperasi yang berupaya membantu mengatasi isu kos sara hidup.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan