24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sekuriti makanan: Nak jala ikan dapat basikal – Mat Sabu

Kepentingan menjaga alam sekitar masih perlu dipertingkatkan supaya sumber makanan negara dapat dipelihara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan isu menjaga sekuriti makanan negara adalah amat penting dan semua pihak perlu menjaga sungai dan laut dari pencemaran.

Ujarnya, beliau dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berminat menjala ikan namun minat itu kini tidak dapat dibuat lagi kerana kawasan parit di kampung juga sudah tercemar.

“Saya dan Kubang Kerian minat menjala ikan, sekarang kalau menjala di parit yang melintasi kampung kita dah tidak boleh menjala ikan. Bila kita menjala bukan dapat ikan tapi dapat basikal, dapat selipar, dapat macam-macam barang yang dibuang di dalam sungai.

“Kepentingan menjaga alam sekitar masih perlu dipertingkatkan dalam diri rakyat di negara ini dari masa ke semasa, supaya sumber makanan negara dapat dipelihara,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, dalam Dewan Rakyat, Mohamad menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang meminta kerajaan menyatakan langkah meningkatkan semula kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) 2022.

Ujar Mohamad, kedudukan Malaysia turun dua anak tangga di tempat ke-41 dalam GFSI 2022, menunjukkan jaminan makanan negara berada pada tahap sederhana.

Menurutnya, dengan skor 69.9 peratus, prestasi itu boleh disifatkan “tidak terlalu buruk”, memandangkan negara dilanda pandemik Covid-19 sebelum ini.

Advertisements

Malah menurutnya, walaupun berdepan pelbagai kekangan dalam tempoh itu, Malaysia masih berada dalam kategori tidak menerima sebarang bantuan makanan daripada pihak luar seperti agensi bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Kita masih lagi dalam keadaan dua tahun hadapi pandemik, kita masih boleh berdikari,” katanya hari ini.

Pada 2021, laporan tahunan diterbitkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) itu menunjukkan Singapura dan Malaysia masing-masing berada di tangga ke-15 dan 39.

Kedudukan ini mengambil kira sistem rantaian dan faktor lain membabitkan bekalan berdasarkan konsep keselamatan makanan seperti diperkenalkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB menerusi Sidang Kemuncak Makanan Dunia 1996.

Kekurangan bekalan makanan asas antaranya telur dan ayam yang kini masih tidak diselesaikan sepenuhnya sejak tahun lalu menjadi masalah utama buat rakyat yang bukan hanya terpaksa berebut mendapatkan bekalan, bahkan terpaksa membayar lebih apabila harga makanan asas itu naik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan