24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Polis sahkan kematian penuntut UUM akibat renjatan elektrik

Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan kematian penuntut di asrama penginapan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada Mei tahun lalu adalah akibat terkena renjatan elektrik.

Dalam kejadian itu, penuntut Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), S Vinosiny, 21, ditemukan meninggal dunia di asramanya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian penuntut itu di asrama penginapan universiti itu pada 21 Mei 2022.

“Laporan Histopatologi Forensik terhadap tisu jantung pelajar berkenaan menunjukkan bahawa mangsa ada mengidap penyakit Myocardial Fibrosis.

“Kehadiran penyakit ini meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami gangguan ritma jantung yang boleh mendatangkan maut ditambah dengan suatu renjatan elektrik bervoltan rendah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Wan Hassan berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut serta dirujuk kepada pihak koroner bagi keputusan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman dan kredibiliti mana-mana pihak termasuk siasatan yang dijalankan.

“Orang ramai juga disarankan untuk memberi kerjasama serta membantu pihak polis dalam usaha membanteras jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat melalui talian MERS 999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Media pada tahun lalu melaporkan kematian pelajar perempuan berusia 21 tahun di UUM Sintok yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis menunggu laporan bedah siasat terhadap mayat pelajar berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan