31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Menu Rahmah bakal diperluaskan di gerai R&R PLUS

Pihak PLUS telah mengadakan perbincangan dengan pengendali gerai makanan R&R lebuh raya mereka berkenaan cadangan itu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Menu Rahmah dijangka diperluaskan di gerai makanan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), sebagai tanda sokongan kepada program yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu sudah diusulkan kepada pihak PLUS hari ini untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“PLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan itu dan menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pihak PLUS telah mengadakan perbincangan dengan pengendali gerai makanan R&R lebuh raya PLUS berkenaan cadangan itu.

“Saya juga dimaklumkan, pihak PLUS akan menyediakan perancangan yang lebih konkrit bagi melaksanakan perancangan Menu Rahmah di R&R PLUS ini.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak PLUS di atas kerjasama yang baik ini dan saya berharap, dengan adanya penyediaan Menu Rahmah di hentian R&R PLUS akan memberikan manfaat kepada pengguna lebuhraya,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Alexander mengadakan perbincangan dengan pemain industri di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) semalam.

Alexander berkata, dasar buka pintu yang sering beliau tekankan memberi peluang kepadanya untuk mendekati, mendengar sendiri pandangan dan cadangan daripada pemain industri sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan oleh kementerian dan kerajaan.

“Semalam, saya turut memanggil kesemua 32 buah syarikat konsesi serta pemegang taruh pemain industri lebuh raya bertol di Malaysia bagi mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya atau Multi Lane Fast Flow (MLFF).

“Secara keseluruhannya, kesemua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF ini dan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Saya akan kongsikan sedikit masa lagi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan