25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KPDN laksana insentif khas pengusaha menu RAHMAH

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan insentif khas kepada pengusaha menu RAHMAH melalui pemberian diskaun khas di pasar raya terpilih bermula pertengahan bulan Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementerian yakin melalui insentif khas ini, pengusaha-pengusaha menu RAHMAH dapat terus menyediakan menu RAHMAH kepada pengguna secara berterusan untuk jangka masa yang lebih panjang.

“Insentif ini juga dijangkakan akan menggalakkan lagi lebih ramai pengusaha restoran untuk menyertai Inisiatif menu RAHMAH,” katanya yang menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar beliau, KPDN akan memperluaskan insentif diskaun khas pengusaha menu RAHMAH ini kepada pembekal-pembekal bahan mentah melalui sesi libat urus yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Advertisements

“Oleh yang demikian, kementerian ingin menyeru lebih ramai pengusaha untuk menyertai Inisiatif menu RAHMAH dengan mendaftar di portal menu RAHMAH (http://menurahmah.kpdn.gov.my) untuk mendapatkan inisiatif istimewa tersebut,”katanya.

Salahuddin berkata, pelaksanaan inisiatif menu RAHMAH yang diterajui oleh KPDN sejak 31 Januari 2023 ini telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan dengan penyertaan pengusaha makanan dan juga pengguna.

“Sehingga 15 April 2023, sebanyak 1,706 pengusaha menu RAHMAH telah mendaftar di portal menu RAHMAH dengan penyediaan menu makanan yang seimbang dan berkhasiat pada harga dibawah RM 5,” katanya.

Menurutnya, untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada [email protected]. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan