24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Diskaun khas saman trafik RM50 selama sebulan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 untuk semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar khas itu tertakluk untuk setiap kesalahan bermula tahun 2022 dan sebelumnya.

“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

“Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dab19 April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri pada Selasa.

Selain itu, kata Perdana Menteri Op Selamat 20 akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 selamat tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

“Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ia adalah untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan