26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KFC, Pizza Hut perkenal Menu Rahmah RM5

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RANGKAIAN di bawah Syarikat QSR Brands, restoran KFC dan Pizza Hut menyertai inisiatif di bawah Payung Rahmah dengan memperkenalkan menu Rahmah yang berharga RM5 sahaja.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, terdapat dua jenis hidangan yang ditawarkan oleh kedua-dua restoran tersebut.

Menu Rahmah KFC Meal berupa seketul ayam, roti Butterscotch berserta air mineral dan Menu Rahmah Pizza Hut Meal adalah piza saiz personal berserta air mineral dengan harga RM 5 bagi satu set menu.

“Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali lapangan terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu Rahmah KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu Rahmah Pizza Hut Meal),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Majlis Pelancaran Menu Rahmah KFC dan Pizza Hut telah disempurnakan Salahuddin di Restoran KFC dan Pizza Hut di ibu negara hari ini.

Advertisements

Inisiatif Menu Rahmah mendapat sambutan daripada pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak dilancarkan pada 31 Januari lalu. 

Inisiatif terbaru kerajaan itu dilihat dapat membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5 dan ke bawah. 

Sementara itu, beliau berkata, KPDN telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu Rahmah yang berdekatan.

Ujar beliau, peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my.

“KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan