34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KKR sokong inisiatif promosi Menu Rahmah di R&R

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menyokong penuh inisiatif kerajaan dalam mempromosikan Menu Rahmah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuhraya Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kekal dengan prinsip iaitu untuk memudahcarakan urusan agar kelangsungan hidup rakyat sentiasa terjamin.

“Sememangnya huruf ‘R’ amatlah sinonim dengan R&R (Rehat dan Rawat).

“Sekarang bukan setakat Rehat dan Rawat tetapi sekali dengan ‘Rahmah’. Hidangan Rahmah di R&R sememangnya amat signifikan dilaksanakan untuk membolehkan pengguna lebuhraya menikmati hidangan Menu Rahmah yang berharga RM5.

“Sambil berjalan-jalan di musim cuti sekolah sekarang, bolehlah singgah di kawasan R&R berhampiran untuk menikmati Menu Rahmah bersama keluarga tersayang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu beliau bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, telah melancarkan Menu Rahmah di kawasan R&R Dengkil Arah Selatan hari ini.

Advertisements

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wira Wan Ahmad Uzir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Ahli Lembaga Pengarah Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Datuk Mohd Izani Ghani serta Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Ujar beliau, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak LLM, PLUS dan tidak lupa KPDN dalam merealisasikan hasrat untuk menyambut, menyokong dan memudahcarakan pelaksanaan memperkenalkan Menu Rahmah di R&R.

Dalam masa sama beliau amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh pengusaha gerai-gerai ini memandangkan mereka juga merupakan golongan yang tidak terlepas daripada kesan keruncingan ekonomi negara.

“Dengan semangat mereka ingin bersama-sama mendepani cabaran dan pada masa yang sama mendukung hasrat murni kerajaan dalam membantu rakyat jelata, saya memuji semangat ini.

“Terbukti mereka ini adalah masyarakat Madani yang padu. Syabas!,” katanya.

Setakat hari ini, terdapat sejumlah 215 gerai telah mengambil bahagian dalam menyediakan Menu Rahmah di kebanyakan R&R di semua lebuhraya Malaysia dengan lebuhraya PLUS menjuarai sebanyak 101 gerai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan