24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dua beradik lemas di kolam renang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA beradik didapati lemas di sebuah kolam renang, di Ipoh, Perak, semalam.

Mangsa adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun, menetap di Ipoh.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa belum diketahui.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan,  pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pukul 6.10 petang sebelum mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Advertisements

“Bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar Yahaya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) iaitu kerana mengabaikan, mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Sehingga kini, polis masih menyiasat sama ada kedua-dua beradik itu pergi ke kolam renang berkenaan bersama ibu bapa mereka atau turut bersama penjaga lain.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan