28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri, daerah ditubuh

Memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan itu adalah bagi mengukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan sekuriti bekalan makanan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran akibat daripada senario global pada masa kini.

Menurut beliau, cabaran-cabaran berkenaan dipengaruhi oleh faktor, antaranya peningkatan harga input pertanian seperti harga jagung bijian dan baja, kenaikan kos logistik serta cuaca ekstrem yang menyebabkan kekerapan berlakunya banjir dan kemarau yang mengganggu kitaran pengeluaran makanan.

“Malah dalam mesyuarat hari ini Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut meningkatkan keluasan tanah yang sesuai khususnya tanah milik negeri untuk aktiviti pertanian dengan mewartakan kawasan tanah pertanian sebagai tanah rizab di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) dan kemudiannya memajakkan tanah rizab berikut di bawah Seksyen 63 KTN untuk tempoh sekurangkurangnya 10 sehingga 21 tahun.

“Memperkasakan pemberian tanah milik negeri kepada anak syarikat Kerajaan Negeri berkaitan pertanian yang kemudiannya akan memajakkan tanah tersebut kepada usahawan tani untuk tempoh 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca juga:   JKR Sabah diarah pantau infrastruktur jalan raya terjejas
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa negeri boleh tertakluk kepada kaedah-kaedah tanah negeri meluluskan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun dan boleh dilanjutkan seterusnya bagi setiap Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Baca juga:   'Tahniah Wai Ching kembali ke status nombor satu dunia'

Selain itu menurut beliau, Kerajaan Negeri juga mengekalkan pengezonan kawasan jelapang padi serta pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan membangunkan TKPM yang terbengkalai serta yang belum dimajukan.

“Seterusnya, mengekalkan pewartaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) sedia ada dan mewartakan ZIA yang belum diwartakan serta menyelaras bersama pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan syarat dan proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pembangunan sistem reban ayam tertutup dan aktiviti agromakanan yang lain.

“Menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian Peringkat Daerah bagi memudah cara urusan membangunkan tanah pertanian milik persendirian yang tidak diusahakan.

Selain itu menurutnya, Kerajaan Negeri juga menetapkan kadar caj abstraksi bagi sumber air tawar dan air masin yang lebih rendah untuk sektor agromakanan.

“Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan pengurangan atau pengecualian cukai terhadap industri agromakanan. Kementerian Kewangan akan memberikan perincian lanjut.

Dalam perkembangan lain, mesyuarat berkenaan juga telah membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi bagi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di Peringkat Negeri.

Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat khas mengenai sekuriti makanan di Putrajaya.

“Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi mengkaji dan mencadangkan mekanisme penyeragaman kos caj dan fi yang dikenakan bagi pembangunan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.

“Ini disebabkan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)
mendapati kos caj dan fi yang dikenakan oleh pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi pusat sehenti dan agensi berkaitan di seluruh negara adalah berbeza.

Baca juga:   22,535 kes positif semalam, 361 kes import
Baca juga:   Banjir Baling: Bantuan dipantau supaya tiada kelewatan - Ismail Sabri

Menurut Perdana Menteri, penyeragaman kos caj dan fi berkenaan akan menggalakkan pihak penyedia perkhidmatan meningkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar.

-EDISI9

Terkini

874 calon STPM 2021 peroleh PNGK 4.00

SERAMAI 874 atau 2.41 peratus calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00...

Lagi Artikel Berkaitan