24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Segerakan PRU-15 atau BN tewas, tegas Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mesti dilaksanakan segera, jika tidak Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan kekalahan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini kerana ketika ini pembangkang sedang menggunakan pelbagai persepsi untuk mengugat keyakinan rakyat terhadap parti itu, yang juga mengetuai kerajaan hari ini.

“Isu yang dikemukakan pembangkang berbentuk serpihan dan tidak dilihat dari perspektif menyeluruh.

“Dengan kata lain, mereka serang, spin (putar) dan kemudian cuba cetuskan imej bahawa merekalah terbaik walaupun Pakatan Harapan (PH) berkuasa 22 bulan membuktikan sebaliknya hingga PM (Perdana Menteri) mereka sendiri meletak jawatan apabila tahu manifesto mereka tak dapat ditunaikan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, para pimpinan parti dan akar umbi UMNO juga kini dalam momentum keyakinan tertinggi dan waktu terbaik untuk menyegerakan PRU-15.

Beliau berkata, apa yang penting UMNO tidak mahu pembangkang terus menggunakan bulan-bulan terakhir sebelum pembubaran Parlimen untuk menyerang BN.

“Apabila melengahkan PRU bermakna kita memberikan senjata kepada musuh untuk terus menyerang.

Advertisements

“Sebab itu, tidak ada satu pun pembangkang minta bubar Parlimen walaupun dahulu selalu memperlekeh kerajaan yang ada sekarang bukan mandat rakyat, kerajaan pintu belakang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kebimbangan pembangkang dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri PH terpaksa mengakui bahawa pendirian UMNO yang mahukan PRU-15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.

“Berdasarkan temu bual dengan The Associated Press (AP) yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata ketika ini pembangkang sudah berpecah-belah, sekali gus memberi ruang kepada UMNO untuk menang besar.

“Beliau terpaksa mengakui bahawa dari sudut kerajaan, pilihan raya awal adalah satu perkara yang baik kerana kerajaan sudah bersedia dan pembangkang pula tidak bersedia,” katanya.

Zahid menegaskan, UMNO sudah lama membuat pendirian tersebut namun kini terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti.

“Segerakanlah atau UMNO BN akan tewas PRU. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan