26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Malaysia, Scotland kenal pasti sembilan projek bidang angkasa

Mesti Baca

MALAYSIA dan Scotland mengenal pasti sembilan projek berpotensi besar dalam bidang angkasa untuk dibangunkan secara kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah berkata, sembilan projek tersebut meliputi tiga projek pembangunan penyelesaian berasaskan satelit dalam bidang perhubungan, pertanian dan penentu kedudukan.

Beliau berkata, turut dikenal pasti ialah tiga projek berkaitanb penyediaan perkhidmatan pelancaran dan pengoperasian.

Manakala tiga lagi projek, kata beliau, merupakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi satelit bersama pihak akademik.

“Teknologi pembuatan termaju dalam bidang angkasa turut dikenal pasti sebagai salah satu potensi kerjasama strategik berdasarkan ketersediaan industri Elektrik dan Elektronik (E&E) dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azlikamil berkata, dapatan itu adalah hasil Program TechnoMart Malaysia-Scotland yang telah berlangsung selama dua hari di Cyberjaya baru-baru ini.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan MIGHT, Abdul Halim Mohd Bisri; Pengurus Kanan Perdagangan Serantau Scottish Development International (SDI), Kartina Osman; Timbalan Pesuruhajaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur, David Wallace dan Presiden Konsortium Industri Angkasa Malaysia (MASIC), Datuk Kamarul Redzuan Mohamed.

Program tersebut julung kali diadakan khusus bagi sektor angkasa yang menjadi platform bagi pemain industri angkasa Scotland dan Malaysia
menjalin kerjasama strategik.

Advertisements
Sebahagian peserta program TechnoMart Malaysia-Scotland baru-baru ini.

Selain itu, ia bagi menyokong pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) serta selari dengan aspirasi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) di bawah teras strategik keenam yang menumpukan kepada usaha bagi mengukuhkan hubungan strategik negara di peringkat antarabangsa.

“Pembangunan pesat sektor angkasa pada masa kini memerlukan usaha dan keyakinan yang boleh dicapai dengan lebih berkesan melalui sinergi dan kerjasama erat antara negara.

“Program ini tepat pada masanya ketika Malaysia sedang giat membangunkan perindustrian angkasa negara secara terancang, berdaya saing, selain turut memperkasa pemindahan ilmu serta meningkatkan pembangunan kepakaran tempatan,” katanya.

TechnoMart bertujuan membina peluang dan meneroka kerjasama industri
dalam bidang angkasa di antara Malaysia dan Scotland yang disokong sepenuhnya oleh United Kingdom.

Pengisian program melibatkan sesi bengkel yang membincangkan lima
topik utama bidang angkasa iaitu Space Application, Space Operations,
Space Manufacturing, Funding & Governance dan Academia diikuti dengan
pembentangan, pitching dan sesi suai padanan perniagaan.

Seramai 22 delegasi dari Scotland yang terdiri daripada lapan syarikat terkemuka dan dua universiti termasyhur antara peserta yang terlibat dalam program tersebut.

Manakala penyertaan dari Malaysia melibatkan 60 peserta yang terdiri
daripada enam agensi kerajaan, 12 syarikat dan 10 universiti tempatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan