29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gerhana Matahari Separa berlaku petang ini

Bagaimanapun fenomena itu tidak dapat dilihat di ruang angkasa negara kita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU fenomena dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa dilaporkan akan berlaku pada petang ini.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam hantaran Facebooknya berkata, fenomena itu dijangka berlaku dari jam 4.58 petang dan berakhir 9.02 malam waktu Malaysia.

Bagaimanapun, katanya fenomena tersebut tidak dapat dilihat di negara ini.

Ujarnya, fenomena tersebut berlaku kerana laluan bayang-bayang penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

“Sebaliknya Laluan Gerhana Matahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Russia dan akan berakhir di Laut Arab.

Advertisements

“Jadi penduduk yang berada di Eropah, bahagian timur laut Afrika, bahagian timur tengah dan barat Asia akan dapat menyaksikan fenomena alam itu,” katanya dalam hantaran itu.

MYSA berkata, fenomena Gerhana Matahari Separa itu berlaku pada 4.2 hari sebelum bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari bumi dengan jarak 368,287 kilometer.

“Gerhana maksimum pada 25 Oktober 2022 ini akan berlaku di hemisfera utara pada koordinat 61° 38′ 55.6″ U, 77° 20′ 44.7″ T apabila 82.11 peratus permukaan matahari diliputi oleh bulan,” katanya lapor Malaysiapost.

Katanya lagi, laluan Gerhana Matahahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Rusia berakhir di Laut Arab. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan