31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Insiden nelayan Malaysia dihalau di perairan negara disiasat

Satu laporan polis dibuat oleh wakil nelayan Malaysia terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terhadap insiden membabitkan kumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura.

Difahamkan, nelayan Malaysia mendakwa mereka dihalau dalam insiden yang berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan ketenteraman awam.

“Polis maklum mengenai video tular media sosial yang berdurasi lebih dua minit, yang memaparkan insiden pertengkaran mulut, membabitkan sekumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura, yang berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura.

“Satu laporan polis dibuat oleh wakil nelayan Malaysia terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan 10 nelayan tempatan mendakwa dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba, berhampiran Jambatan Link Kedua, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila mereka dihalau menggunakan pembesar suara dari bot pihak berkuasa negara jiran itu, walaupun masing-masing berada dalam perairan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, dilaporkan berkata, kesal dengan tindakan pihak berkuasa Singapura itu, apatah lagi kumpulan nelayan berkenaan mendakwa dihalau dengan kata-kata kesat.

“Apa yang dikesalkan adalah kawasan nelayan itu ingin melabuhkan pukat masih dalam perairan negara di Selat Johor, sebaliknya bot peronda republik itu yang sebenarnya menceroboh masuk ke sempadan negara.

“Kumpulan nelayan juga mempunyai bukti video yang mereka masih berada di kawasan sempadan negara, selain turut merekodkan provokasi pihak berkuasa Singapura terhadap mereka,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan