33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Penyanyi K-pop peluk Islam, tunai umrah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMUZIK popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Daud Kim mencuri perhatian khalayak apabila mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah.

Daud yang memiliki hampir 4 juta pengikut di YouTube berkata, hidupnya kini tertumpu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan  jiwa dan suci.

“Sebelum ini, kehidupan saya sangat teruk. Saya ingatkan diri ini orang yang paling tidak bertuah dalam dunia. Jadi, saya mencari-cari jalan kebenaran dan sentiasa cari jawapan sebenar.

“Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT,”katanya dalam Instagram, semalam.

Daud turut mengakui bahawa Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.

“Islam beri saya jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di minda selama ini. Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas mati.

“Saya masih buat dosa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim. Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, insya-Allah.

“Semoga ampunkan segala dosa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar. Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” katanya lagi.

Kali pertama Daud ke Tanah Suci bagi tujuan umrah adalah pada April tahun lalu dan sejak itu, dia semakin aktif berkongsi perjalanan perubahan rohaninya menerusi platform media sosial termasuk Instagram.

Daud memeluk Islam sekitar tiga tahun lalu dan dia diperkenalkan dengan agama suci tersebut disebabkan insiden atau serangan bom 11 September 2001 atau 911 ketika usianya 8 tahun.

Akuinya pada permulaan, dia ‘dimomokkan’ dengan laporan media Barat yang meletakkan kesalahan seratus peratus terhadap Islam namun segalanya berubah apabila dirinya mengadakan persembahan jelajah di Indonesia dan mempelajari lebih mendalam tentang agama suci tersebut.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan