24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Persatuan Pelajar Malaysia Mekah nafi ambil upah badal haji

Arab Saudi telah mengeluarkan harga pakej dan permit haji bagi tahun 2022, dengan harga paling murah adalah sekitar RM 12,000.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Pelajar Malaysia Mekah (PPM) menafikan mesej tular di media sosial oleh pihak, syarikat mahupun individu yang mendakwa perkhidmatan badal haji yang mereka tawarkan dilakukan oleh para pelajar Malaysia di Tanah Suci.

Yang Dipertua PPM, Afiq Hadi Mohd Fauzi berkata, justeru itu, semua pihak yang ingin melaksanakan badal haji dinasihatkan untuk lebih berhati-hati bagi mengelak dari tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

“Untuk makluman semua, Arab Saudi telah mengeluarkan harga pakej dan permit haji bagi tahun 2022, dengan harga paling murah adalah sekitar RM 12,000.

“Ditambah kawalan yang ketat untuk melaksanakan haji dan denda bagi yang melaksanakan haji tanpa permit iaitu tidak dibenarkan masuk ke Arab Saudi untuk tempoh 10 tahun jika ditangkap.

“Maka dengan ini, PPM menafikan dakwaan sebahagian pihak atau syarikat atau individu yang mendakwa badal haji yang mereka ambil dilakukan oleh Pelajar Malaysia Mekah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial sebahagian pihak atau syarikat yang mengambil upah badal haji bagi tahun 2022 dengan kos yang terlalu rendah dan mendakwa ia dilakukan oleh pelajar Malaysia Mekah.

Advertisements

Terdahulu, Pengarah Operasi Bimbingan Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, lambakan iklan yang mempromosikan pakej badal haji pada harga tidak munasabah perlu diberi perhatian serius kerana ia seolah-olah tindakan sengaja mengaut keuntungan.

Menurut beliau, Lembaga Tabung Haji (TH) yang memainkan peranan penting di Tanah Suci pun tidak melaksanakan badal haji tahun ini kerana menyedari pelbagai peraturan yang ditetapkan Arab Saudi.

“Kalau tengok dari senario di Malaysia, ada yang mengambil upah badal haji pada pakej serendah RM500, RM1,500 bahkan ada yang menawarkan RM2,500 hingga RM3,000.

“Persoalannya ialah TH sendiri pun tidak laksanakan badal haji pada masa sekarang kerana peraturan kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kita untuk laksana badal haji atau pungut duit untuk badal haji,” katanya.

Tengku Aziz berkata, sesetengah pakej menggunakan nama pelajar Malaysia yang tinggal di Madinah dan Makkah, sedangkan pelajar di situ hanya tinggal kira-kira 15 orang, malah mereka sendiri telah menyatakan ketidaksanggupan mengambil badal haji kerana kos yang mahal.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan