29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pertemuan PM Jepun, Malaysia detik bersejarah – Fahmi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyifatkan pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida hari ini menjadi detik cukup bersejarah kerana bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun tahun ini.

Beliau berkata, kunjungan Kishida ke Malaysia juga adalah kali pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun pada 2021.

“Pagi tadi saya hadir ke Seri Perdana untuk sama-sama menyambut kehadiran kali pertama Perdana Menteri Jepun ke Malaysia sejak beliau menjadi Perdana Menteri Jepun pada 2021.

Anwar menerima kunjungan hormat daripada Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala. – Foto Bernama

“Alhamdulillah, satu Memorandum Kerjasama (MOC) dalam bidang informasi dan komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun dimeterai,”katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Fahmi berkata hingga Jun 2023, syarikat Jepun telah melaksanakan lebih 2,700 projek di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion.

Insya-Allah kerjasama yang kukuh akan diteruskan dengan rakan dagang keempat terbesar Malaysia ini,” katanya.

Kishida dan delegasinya kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Hari ini, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari...

Lagi Artikel Berkaitan