26.5 C
Kuala Lumpur
Monday, November 4, 2024

Bilangan penganggur di Malaysia terus berkurang

Mesti Baca

BILANGAN penganggur terus menurun kepada 579,200 orang pada Julai 2023, mencatatkan kadar pengangguran 3.4 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata, pasaran buruh dilihat berkembang secara sederhana, merekodkan bilangan penduduk bekerja yang semakin meningkat, manakala bilangan penganggur menurun.

“Oleh itu, bilangan tenaga buruh pada Julai 2023 naik sebanyak 0.1 peratus kepada 16.91 juta orang berbanding 16.89 juta orang pada Jun, mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan itu iaitu pada 70.1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Beliau berkata, bilangan penduduk bekerja pada Julai 2023 mencatatkan trend menaik yang berterusan, dengan peningkatan 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 16.34 juta orang, manakala bilangan penganggur pada bulan itu terus menurun, berkurang sebanyak 0.4 peratus.

“Kadar pengangguran bulan Julai kekal pada 3.4 peratus seperti pada bulan sebelumnya,” katanya.

Mengenai kedudukan guna tenaga, Mohd Uzir berkata, kategori pekerja, yang secara konsisten membentuk komposisi terbesar penduduk bekerja, merangkumi peratus sumbangan sebanyak 75.4 peratus.

Beliau berkata, kategori ini mencatatkan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus kepada 12.31 juta orang.

“Begitu juga, penduduk bekerja sendiri turut berada dalam trend meningkat, dengan kenaikan sebanyak 0.4 peratus merekodkan 2.96 juta orang,” katanya.

Advertisements

Mohd Uzir berkata, dari segi sektor ekonomi, perkhidmatan terus mencatatkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan & minuman, perdagangan borong & runcit dan pendidikan.

“Begitu juga, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembinaan dan perlombongan & pengkuarian juga kekal dalam trend positif, manakala sektor pembuatan dan pertanian merekodkan penurunan sedikit pada bulan itu,” katanya.

Pada Julai, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 10.9 peratus, dengan bilangan penganggur belia seramai 311,200 orang.

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun juga turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 6.8 peratus, merekodkan 444,800 penganggur belia.

Bagi kumpulan tidak aktif pula, bilangan penduduk di luar tenaga buruh turun sedikit iaitu sebanyak 0.01 peratus kepada 7.23 juta orang pada Julai 2023.

DOSM berkata kedudukan tenaga buruh negara dijangka kekal positif dan berkembang secara sederhana pada bulan seterusnya berikutan prospek ekonomi jangka pendek Malaysia diramal menyederhana pada bulan-bulan yang akan datang.

Katanya, ia selaras dengan jangkaan perniagaan yang positif pada suku tahun ketiga, yang disokong oleh kestabilan pasaran buruh, peningkatan dalam pelancongan domestik dan prospek lebih optimistik dalam industri pelancongan kesihatan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digital

Oleh NORLIZA AMIN BAHASA Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia, telah mengalami pelbagai perubahan sejak berabad-abad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu...

Lagi Artikel Berkaitan