27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Sindiket proses, edar dadah dalam apartmen tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SINDIKET memproses dan mengedar dadah tumpas apabila polis menyerbu seunit rumah apartmen yang dipercayai menjadikan sebagai markas utama untuk kegiatan jenayah itu.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam memproses dadah jenis syabu dan ketamin menggunakan peralatan khas di dalam kediaman apartmen itu telah dicekup.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek seorang warga tempatan berusia 25 tahun, ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields dalam satu operasi khas di Jalan Kuchai Maju 13, Taman Entrepreneurs sekitar jam 5 petang.

“Pemeriksaan lanjut di dalam unit kediaman diduduki suspek berjaya merampas dadah disyaki jenis methamphetamine anggaran berat 8.160 kilogram dan ketamin anggaran berat 5.374 kg bernilai RM652,100,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati jumlah keseluruhan dadah yang dirampas daripada suspek terbabit boleh dibekalkan kepada 28,000 pengguna dadah di kawasan sekitar Lembah Klang.

Advertisements

Menurut Amihizam, pemeriksaan susulan juga membantu polis menemui dan merampas beberapa peralatan khas yang digunakan oleh suspek untuk memproses dadah menjadikan dalam bentuk pil di dalam kediaman tersebut.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah tetapi semakan menunjukkan suspek memiliki satu rekod kesalahan jenayah lampau.

“Suspek direman selama lima hari bermula bermula hari ini sehingga 9 November ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya masih lagi menjalankan risikan serta siasatan lanjut bagi mengenal pasti saki baki ahli-ahli sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berkenaan, selain sumber bekalan yang diperoleh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan