27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Sindiket pelacuran ‘outcall girl’ tumpas, 48 warga asing ditahan

Mesti Baca

SINDIKET pelacuran outcall girl ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan 48 wanita warga asing ditahan dalam operasi khas di tiga lokasi berasingan di ibu kota, kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 32 warga Indonesia, 13 warga Thailand dan tiga warga Vietnam berusia antara 18 hingga 36 tahun.

Beliau berkata, dalam operasi bermula jam 8 malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Afghanistan, seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ dan dua lelaki tempatan berperanan sebagai penjaga premis, kesemuanya berusia antara 34 hingga 44 tahun.

“Hasil semakan awal mendapati lapan wanita warga Thailand yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial yang masih sah laku, manakala yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

“Pasukan operasi turut merampas sejumlah kondom, peralatan seks, lapan pasport Thailand, wang tunai RM300, tuala, peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan sebuah kereta Perodua Axia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jafri berkata, modus operandi sindiket itu adalah mempromosi khidmat seks wanita warga asing dengan menggunakan foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp.

“Wanita warga asing yang dipilih akan diuruskan penghantarannya ke hotel atau tempat yang dikehendaki pelanggan melalui setiap pesanan melalui seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘transporter’.

Advertisements

“Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan antara RM400 hingga RM1,200 mengikut pakej disediakan dan transaksi bayaran secara tunai atau secara dalam talian sebelum ‘outcall girl’ diserahkan kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati sindiket itu disyaki sudah beroperasi sejak setahun lalu.

Jafri berkata, operasi khas itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Operasi ini dijalankan susulan aduan dan risikan selama dua minggu dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi diatur gerak ke premis dan melaksanakan serbuan,” katanya.

Jafri berkata, semua warga asing ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Mereka dibawa di Depot Imigresen Semenyih, Selangor, manakala seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

“Dua lagi lelaki tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, manakala seramai lima lelaki tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan