26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Warga emas selamat terperangkap lima hari bawah runtuhan

Mesti Baca

PASUKAN penyelamat Jepun yang terbabit misi mencari dan menyelamat akibat gempa bumi di tengah Jepun terkejut apabila menemui warga emas yang masih hidup selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih lima hari.

Menyifatkan ia satu keajaiban, pasukan berkenaan menemui wanita lingkungan 90-an itu di bawah runtuhan bangunan dua tingkat di bandar Suzu, wilayah Ishikawa, Jepun, semalam.

Gempa bumi dengan 7.5 magnitud melanda perairan Jepun pada Isnin yang meranapkan kawasan pedalaman Noto, manakala lebih 126 orang disahkan terkorban dan 200 lagi masih hilang.

Menurut akhbar Yomiuri Shimbun, 100 anggota penyelamat dihantar ke Suzu selepas dimaklumkan dua wanita yang tertimbus masih hidup.

Memetik sumber polis, akhbar itu yang dipetik BBC berkata, warga emas berkenaan memberi respons apabila diselamatkan tetapi dipercayai menderita hipotermia.

Di tempat sama, penyelamat turut menemui wanita berusia lingkungan 40-an yang mengalami serangan jantung terhenti.

Tempoh 72 jam operasi menyelamat dianggap kritikal kerana selepas itu, peluang untuk menjumpai mangsa hidup adalah rendah.

Advertisements

Bagaimanapun dua wanita itu ditemui selepas tempoh berkenaan berakhir.

Pasukan Pertahanan Jepun menggunakan helikopter untuk operasi menyelamat dan menghantar bekalan ke kawasan terpencil disebabkan beberapa masih terhalang.

Menurut penyiar awam NHK, usaha menyelamat mungkin berdepan cabaran susulan cuaca lembap diramal hari ini di beberapa kawasan yang dilanda gempa bumi.

Pihak berkuasa juga memberi amaran hujan yang boleh mencetuskan lebih banyak tanah runtuh, selain menjangkakan cuaca sejuk dan bersalji hingga Isnin di kawasan pergunungan wilayah Ishikawa.

Sehingga semalam, 23,200 kediaman di wilayah terputus bekalan elektrik dan lebih 66,400 kurang bekalan air.

Lebih 30,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan disediakan kerajaan. -Agensi

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan