30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Dua maut, nahas tiga kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA maut manakala dua yang lain cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Besar Simpang Renggam – Machap, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa, Mohamad Afiq Karim, 25, dan seorang penumpang lelaki dewasa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan Il Affendi Mustafar berkata, kemalangan itu menyebabkan Proton Satria dinaiki mangsa remuk dan pihaknya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Afiq Karim, 25, selain seorang penumpang lelaki dewasa yang tidak diperolehi maklumat peribadi.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. – Edisi 9

Terkini

Pembelaan Zahid terhadap Najib tulus sejati, tidak pernah dijaja

PEMBELAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap rakan sejatinya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulus dan...

Lagi Artikel Berkaitan