25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Kes baharu 1,358, Selangor rekod kes harian tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 merekodkan 1,358 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,514,989 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,620 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,457,118 kes.

Selangor terus merekodkan angka kes harian tertinggi dengan 569 kes.

Diikuti Kuala Lumpur (264 kes), Pulau Pinang (105 kes), Perak (90 kes), Negeri Sembilan (81 kes), Johor (61 kes) dan Sabah (45 kes).

Selain itu, Melaka (31 kes), Kedah (29 kes), Putrajaya (24 kes), Sarawak (22 kes), Pahang (17 kes), Kelantan (9 kes), Perlis (5 kes), Terengganu (5 kes) dan Labuan (1 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,688 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,562 kes.

Baca juga:   Semua individu di Lembah Klang dapat vaksin menjelang 1 Ogos

Sementara itu, sebanyak 22,183 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,232 kes dikuarantin di rumah, 21 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Dalam pada itu, sebanyak 904 kes dilaporkan di hospital, 14 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 12 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan