Tuesday, July 21, 2026

Pearly-Thinaah wakil tunggal ke ‘final’ Terbuka Indonesia

Istora Senayan, Jakarta bagai gelanggang keramat buat pasangan No 4 dunia itu apabila mengulangi pencapaian mara ke ‘final’ Masters Indonesia pada Januari lalu.

Mesti Baca

PASANGAN beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2025, sekali gus menjadi wakil tunggal negara memburu gelaran Super 1000 itu.

Ini berikutan kegagalan dua lagi wakil negara di separuh akhir, masing-masing bagi kategori beregu lelaki dan beregu campuran setelah tumpas kepada lawan masing-masing.

Istora Senayan, Jakarta bagai gelanggang keramat buat pasangan No 4 dunia itu apabila mengulangi pencapaian mara ke ‘final’ Masters Indonesia pada Januari lalu.

Dalam aksi separuh akhir hari ini, Pearly-Thinaah menyingkirkan pasangan dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min dengan 12-21, 21-17, 21-11 dalam masa 1 jam 4 minit.

Menanti pasangan negara ini, satu lagi jaguh dari China yang juga pemegang gelaran No 1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Pasangan China itu menumpaskan Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan dengan straight-set 21-19, 21-18.

Dalam 10 pertemuan sebelum ini, kemenangan banyak berpihak kepada jaguh China itu yang mana pasangan negara hanya menang tiga kali.

Sementara itu harapan beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila mereka disekat oleh pasangan dari Thailand.

Pasangan negara yang berada di No 4 dunia tunduk kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 23-21, 15-21, 11-21.

Sementara itu, juara Masters Malaysia 2025, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula kecundang ditangan beregu tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 18-21, 21-12, 18-21 dalam aksi mendebarkan sebentar tadi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan