27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

Aksi kanak-kanak tunggang motosikal tular, polis saman bapa

Aksi tersebut dirakam tahun 2018 dan hanya tular menerusi media sosial beberapa hari lalu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA aksi seorang kanak-kanak perempuan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi tular menerusi media sosial, seorang bapa terpaksa menerima padah apabila disaman oleh pihak berkuasa.

Ia susulan Unit Risikan/Operasi (RO) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesan satu rakaman video berdurasi 43 saat menunjukkan kanak-kanak tersebut menungang motosikal jenis RGV 250 dan NSR 250 tanpa memakai helmet.

JSPT dalam satu hantaran di Facebook berkata, aksi kanak-kanak yang rakaman videonya dimuat dalam satu media sosial, sudah pasti tidak memiliki lesen memandu.

“Unit RO JSPT telah mengambil tindakan susulan dengan berjumpa kedua-dua pemilik motosikal tersebut. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada tahun 2018 semasa kedua-dua pemilik menghantar motor ke sebuah bengkel motosikal yang terletak di Sijangkang, Banting.

“Pemilik motosikal mengesyaki motor tersebut telah disalahgunakan oleh mekanik bengkel dengan membenarkan kanak-kanak perempuan iaitu anak kepada pemilik bengkel menunggang motosikal tersebut,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT, Supt Dr Bakri Zainal Abidin bersama Unit RO telah berjumpa dengan bapa kepada kanak-kanak tersebut hari ini dan hasil soal siasat mendapati kejadian berlaku pada tahun 2018 dan dirakam di jalan utama hadapan rumah beliau.

“Selain itu, bapa kanak-kanak berkenaan mengesahkan dua buah motosikal tersebut sedang dibaiki. Tujuan beliau membuat rakaman tersebut adalah sekadar suka-suka untuk simpanan beliau serta pelanggan.

Baca juga:   Polis siasat video 3 sekeluarga cetus kegentaran awam
Baca juga:   MB Kedah minta maaf isu gurauan 'kontena jenazah'

“Beliau juga tidak mengetahui bagaimana video tersebut boleh tersebar,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video tersebut didapati berlaku beberapa kesalahan trafik iaitu menunggang motosikal tanpa memiliki lesen, tidak memakai topi keledar, dan tiada cermin sisi.

“Ibu bapa atau penjaga juga telah membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal dan tindakan sebegini membahayakan dan merisikokan anak beliau dan pengguna jalan raya yang lain berlakunya kemalangan.

“Tindakan nasihat dan saman dibawah Pol. 257 telah dikenakan terhadap kanak-kanak tersebut dan juga bapanya,” katanya.

Sehubungan itu, JSPT menasihatkan kepada ibubapa dan penjaga agar sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka yang dibawah umur agar tidak memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu.

“Sekiranya berlaku kecuaian daripada Ibubapa dan penjaga dengan membenarkan anak-anak mereka memandu atau menunggang kenderaan, mereka boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selain Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan