36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lebih 257 juta jumlah kumulatif positif COVID-19 seluruh dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 257 juta jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini direkodkan, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan melebihi 47.6 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

Sementara itu, United Kingdom dan Rusia kini merekodkan bilangan kes melebihi 9 juta, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Dalam pada itu, bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 250,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.14 juta.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 770,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes, Mexico lebih 291,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 256,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 98,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 46,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan