25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Calon tertua menang DUN Pengkalan Batu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON tertua, Datuk Kalsom Nordin peroleh kemenangan bergaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dengan memperoleh 4,839 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 semalam.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya itu turut menewaskan calon kontroversi yang menjadi punca PRN Melaka diadakan iaitu calon Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang gagal mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

Bertanding pada usia 68 tahun, beliau berjaya membuktikan bahawa umur hanyalah angka dan ia tidak menghalang perjuangannya sebagai wakil rakyat bagi memastikan masyarakat di Pengkalan Batu mendapat perkhidmatan terbaik.

Kalsom yang juga calon tertua dalam kalangan 112 calon bertanding pada PRN Melaka, mula aktif dalam politik lebih 30 tahun lalu dan diangkat sebagai Ketua Wanita Bahagian Hang Tuah Jaya selama dua penggal sehingga kini.

Advertisements

Selain itu, anak jati Pengkalan Batu berasal dari Peringgit itu adalah anak saudara kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Lebih menarik, beliau juga berjaya mengatasi calon muda Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Muhamad Danish Zainudin, 25.

Danish yang mendahului DUN Pengkalan Batu pada mulanya dengan 2,600 undi tewas tipis apabila Kalsom Nordin berjaya memintas pemuda itu dengan 4,839 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan