23.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 18, 2022

COVID-19: Beberapa sekatan dilonggar di Singapura

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Singapura melonggarkan beberapa sekatan sosial yang dikenakannya untuk membendung COVID-19, selepas jangkitan stabil di republik itu sejak sebulan lalu.

Memetik laporan Astro Awani, mulai Isnin, had interaksi fizikal dan makan di luar akan diperluaskan kepada lima orang daripada peraturan semasa dua orang yang diberi vaksin.

Jumlah jangkitan keseluruhan dan keadaan hospital sebahagian besarnya stabil dan bertambah baik.

Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong berkata, Singapura kini beralih ke arah hidup bersama COVID-19.

Jelasnya, pembukaan semula perlu dibuat dengan berhati-hati serta memantau dan memastikan keadaan terus terkawal dan stabil.
Secara purata, kes COVID-19 harian Singapura telah jatuh ke bawah 3,000.

Kira-kira 85 peratus daripada 5.45 juta penduduk Singapura telah diberi vaksin.

Jumlah jangkitan turun kepada 1,734 kes pada Jumaat daripada jumlah rekod harian 5,324 pada akhir Oktober.

Sementara itu, perniagaan di Singapura turut bangkit semula.

Singapura menjadi tuan rumah kepada Eksekutif Tertinggi Syarikat Global yang besar minggu ini di beberapa persidangan, menandakan ia kembali beransur kepada keadaan normal.

Baca juga:   Mahathir tidak jujur kepada Majlis Raja-raja, rakyat - TMJ

Berbanding Eropah, Britain dan Amerika Syarikat, Singapura masih mempunyai sekatan COVID-19 yang ketat, termasuk wajib memakai pelitup muka di tempat awam.-Edisi 9

Terkini

RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

PLUS Malaysia Berhad diarah mencari jalan penyelesaian berhubung isu kesesakan yang berlaku di plaza tol lebuh raya ekoran pelaksanaan...

Lagi Artikel Berkaitan