25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 31, 2023

PM ucap terima kasih kepada Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan terima kasih buat Keluarga Malaysia di Melaka kerana memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan baharu.

Ucapan itu dititipkan beliau menerusi catatan Facebook rasminya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri Melaka pastinya akan menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, presiden parti komponen BN dan seluruh jentera parti yang menggembleng tenaga membantu memenangkan BN di Melaka.

Penghargaan juga buat mantan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang turut turun padang membantu kemenangan di Melaka.

“Inilah semangat Keluarga Malaysia yang mana kita semua menuju ke destinasi yang sama – membangunkan kembali Malaysia selepas mengharungi pandemik yang mencabar ini. Terima kasih Keluarga Melaka,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   Dos penggalak kepada penerima secara percuma, sukarela

Wartawan

Terkini

RM51.8 juta hasil jualan inovasi menerusi NTIS

SEBANYAK RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS diterajui oleh Kementerian Sains,...

Lagi Artikel Berkaitan