24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

41 kematian dilaporkan, tiada kematian tempoh 24 jam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 41 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 29,978 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Terdapat enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan kes BID terkini sebanyak 6,058 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Advertisements

Kesemua kematian dilaporkan di Terengganu (12), Perak (5), Sabah (5), Kedah (4), Sarawak (4), Selangor (4), Selangor (4), Melaka (3), Johor (1), Kelantan (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Kes aktif pula terus meningkat kepada 69,485 kes termasuk 55,346 kes dikuarantin di rumah, 8,004 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,606 kes di hospital, 268 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 261 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,859 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,528 kes), Kelantan (614 kes), Sabah (545 kes), Johor (499 kes), Pulau Pinang (367 kes), Kedah (364 kes), Pahang (362 kes), Kuala Lumpur (319 kes), Sarawak (255 kes), Perak (237 kes), Terengganu (225 kes), Negeri Sembilan (223 kes), Melaka (192 kes), Putrajaya (91 kes), Perlis (19 kes) dan Labuan (19 kes).-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan