24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

11 lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan 11 lelaki kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Pelbagai Kesalahan yang dijalankan di sekitar ibu negara sejak Jumaat lalu hingga awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua 11 individu tersebut berusia dalam lingkungan 25 hingga 57 tahun telah ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi telah dilakukan di sekitar pusat bandar, Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, Jalan Bangsar dan Jalan Tun Razak bermula pada pukul 9 malam hingga 4 pagi tadi.

“Kita juga tidak mengesan sebarang aktiviti samseng jalanan pada dua malam ini berikutan keadaan cuaca yang hujan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, secara keseluruhan sebanyak 164 jumlah saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan sembilan motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Advertisements

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut seksyen yang sama,”katanya.

Beliau berkata, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan