25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tun M positif Covid-19, dimasukkan le IJN

Pejabat Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi memaklumkan perkara tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19, pagi ini.

Pejabat Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi memaklumkan perkara tersebut.

Menurut kenyataan berkenaan, Dr. Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.

Pada awal tahun ini iaitu 7 Januari lalu, menjalani prosedur perubatan elektif dan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

Advertisements

Pada 16 Disember tahun lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pengikut media sosial Dr Mahathir yang mendoakan agar pemimpin mereka segera sembuh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan