32.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Empat beranak maut nahas dengan lori muatan pasir

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT beranak maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan pasir di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, motosikal yang ditunggang lelaki berusia 39 tahun bersama isteri dan dua anak mereka dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal Yamaha LC 135 itu dari arah Kota Tinggi ke Kampung Semanggar Dalam, sebelum bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.20 petang membabitkan motosikal ditunggang seorang lelaki dan dibonceng isterinya berusia 27 tahun serta dua anak mereka masing-masing berusia lima tahun dan sembilan bulan.

“Kemalangan juga membabitkan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.

Baca juga:   Lagi kes buli, pelajar dipukul, dibaling meja

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dari arah Kota Tinggi menghala ke Kampung Semanggar Dalam itu, gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ujar Hussin, akibat daripada kemalangan itu, penunggang dan semua pembonceng motosikal cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala pemandu lori tidak cedera.

“Pemandu lori tidak ditahan dan hasil semakan juga mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik,” katanya.

Menurutya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:   Mahathir sanggup 'jilat kahak' demi talian hayat

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lelaki ditahan, bunuh, tanam suami kekasih

SEORANG lelaki bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya kerana bimbang hubungan sulit terbongkar, di belakang sebuah rumah...

Lagi Artikel Berkaitan