31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agenda prihatin rakyat perlu terus jadi keutamaan – MASA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DALAM menghayati erti kemerdekaan negara, agenda prihatin rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd Amin berkata, aspek kesejahteraan rakyat terutamanya golongan yang terpinggir harus diberi penekanan khusus.

“Usaha itu perlu ke arah mencapai matlamat menangani jurang kekayaan dan pendapatan, iaitu objektif kedua dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang menjadi aspirasi negara ketika ini.

“Patriotisme tidak mungkin tumbuh daripada retorik dan slogan semata-mata.

“Dalam menghadapi kepelbagaian cabaran semasa dan masa depan, kepimpinan berintegriti dan beramanah perlu diangkat sebagai nilai utama yang perlu dizahirkan dan menjadi teras budaya masyarakat Malaysia yang bersatu, makmur dan bermaruah.

“Hanya dengan menjunjung prinsip integriti dan beramanah, usaha membela kebajikan rakyat dan memajukan negara pasca pandemik dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan saksama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan lebih bermakna sekiranya setiap warganegara kembali menghayati semangat pejuang kemerdekaan.

“Bersatu hati dan membugar semula rasa cinta akan tanah air demi mencapai wawasan bersama untuk negara,” katanya.


Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan