26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Imam kedua maut dirempuh imam pertama

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG imam maut manakala seorang lagi jemaah cedera parah setelah dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lagi imam dalam kejadian di sebuah surau di Taman Kajang Jaya, Selangor, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali Haji Hatim, 78, yang merupakan imam kedua di masjid berkenaan.

Manakala, Muhammad, 76, yang merupakan jemaah masjid mengalami kecederaan pada lutut sebelah kanan dan pergelangan kaki kiri telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, ketiga-tiga mereka baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu pulang ke rumah masing-masing di Taman Kajang Jaya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas imam pertama yang memandu Perodua Myvi sedang mengundurkan kenderaan di pekarangan surau dan secara tiba-tiba telah terlanggar bahagian belakang kenderaan lain.

Baca juga:   Pelajar perempuan 13 tahun nyaris jadi mangsa culik

“Rempuhan itu menyebabkan dia jadi panik dan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh kedua-dua mangsa (imam kedua dan jemaah) yang sedang berada di perkarangan surau itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, imam kedua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala jemaah yang cedera pula dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

Pemandu kenderaan (imam pertama), Wan Johari, 76, tidak mengalami sebarang kecederaan.

-EDISI9

Terkini

PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia...

Lagi Artikel Berkaitan