24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

21.7 peratus jumlah populasi tiada vaksinasi – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA 21.7 peratus jumlah populasi keseluruhan tiada vaksinasi direkodkan, berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.3 peratus atau 7,877 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 75.5 peratus atau 30,700 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 24,642,379 populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 78,065 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 644,664 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 116,642 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 50,656,181 dos.

Advertisements

Berkaitan kes harian COVID-19 pula, kes aktif menunjukkan pertambahan dengan sebanyak 14 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 61,803 kes.

Sejumlah 48,058 kes (77.8 peratus) kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 7,703 kes (12.5 peratus) di PKRC.

Dalam pada itu, terdapat 5,500 kes (8.9 peratus) di hospital, 274 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 268 kes (0.4 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan