26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Statistik penjawat awam enggan vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

STATISTIK penjawat awam yang enggan divaksin atau belum bersedia menerima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh adalah antara soalan yang akan dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Memetik laporan Bernama, menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai jurang pendapatan golongan bandar dan luar bandar dan sejauh mana pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap perkara berkenaan.

Selain itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) akan mengajukan soalan kepada Menteri Kanan Pertahanan mengenai keberkesanan pertahanan negara bagi operasi National Task Force (NTF) melalui Op Benteng di kawasan sempadan negara Laut China Selatan.

Selesai sesi itu, Persidangan Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Okt lepas.

Baca juga:   Geran MPDP tingkat semangat penyelidik tempatan – Muhyiddin

Setakat semalam, seramai 85 Ahli Parlimen daripada blok pembangkang dan kerajaan serta bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 yang bermula 1 Nov lepas.

Penggulungan Bajet 2022 oleh kementerian-kementerian berkaitan dijadual berlangsung selama empat hari bermula 15 Nov.

Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember depan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kod pakaian menteri Kabinet jadi perhatian warganet

KOD etika pakaian bagi menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan nampaknya ada perubahan ketara sehingga mendapat perhatian warganet. Sejak hari pertama kerajaan...

Lagi Artikel Berkaitan