24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

21.3% populasi tiada vaksinasi – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUS populasi keseluruhan di Malaysia tiada vaksinasi semakin menurun dengan 21.3 peratus dilaporkan berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.7 peratus atau 5,067 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 76.7 peratus atau 8,428 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 25,049,738 populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 125,257 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 1,823,474 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 138,752 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 52,391,444 dos.

Berkaitan kes harian COVID-19 pula, kes aktif terus menunjukkan penambahan kes dengan sebanyak 636 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes  aktif kini mencecah 69,261 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 55,705 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 7,584 kes di PKRC.

Baca juga:   63 kematian baharu COVID-19; lapan BID - COVIDNOW

Sementara, terdapat 5,466 kes di hospital, 236 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 270 di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan pertambahan kes dengan 5,082 menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,503,427 kes. -Edisi 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan