30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM ketuai Malaysia di ASEM Ke-13 secara maya esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-13 secara maya yang bermula esok.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang di keluarkan, persidangan kali ini bakal dihoskan oleh Kemboja sebagai Pengerusi ASEM ketika ini dengan temanya iaitu Memperkukuhkan Kepelbagaian Hala demi Perkongsian Pertumbuhan.

“Ia sejajar usaha semasa dilakukan ASEM dalam menangani cabaran tekanan sejagat melalui kerjasama dialog berkesan,” katanya.

Terdahulu, persidangan dwitahunan selama dua hari itu bermula dengan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEM disertai Wisma Putra yang juga berlangsung dua hari dan berakhir semalam.

ASEM yang ditubuhkan pada 1996 lalu, ketika ini mengandungi 21 negara Asia, 28 negara Kesatuan Eropah (EU), dua negara Eropah, Sekretariat ASEAN dan Suruhanjaya Eropah.

Malaysia menyertai ASEM sejak organisasi itu diwujudkan, telah memainkan peranan aktif dalam pelbagai inisiatif yang memberi banyak manfaat kepada kedua-dua benua berkenaan.

Pemimpin dari 52 negara dijangka berbincang dan menilai semula segala perkembangan, kemajuan dan pencapaian ASEM sebelum ini.

Pemimpin terlibat akan meneliti pertumbuhan ASEM Process yang meliputi tiga asas utama iaitu politik, ekonomi dan kewangan serta sosio-kebudayaan.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan