28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Temu janji saringan, beli kit kendiri di aplikasi SELangkah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMPAHAN janji temu saringan Covid-19 dan pembelian kit ujian kendiri boleh diakses pengguna menerusi aplikasi SELangkah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mempelbagaikan fungsi aplikasi itu supaya dapat membantu warga Selangor merancang sebarang aktiviti dan perjalanan dengan selamat selaras kebenaran rentas negeri.

“Kerajaan Negeri sentiasa peka dan cakna dengan perkembangan semasa negara bagi memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan dapat dilaraskan mengikut keperluan rakyat.

“Semoga kemas kini fungsi ini dapat memberi kebaikan kepada seluruh warga Selangor menjalani kehidupan seharian dengan lebih selamat dan mudah,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

SeLangkah mula diperkenalkan pada Mei 2020 bagi memudahkan orang ramai membuat pemantauan berikutan penularan pandemik Covid-19 dan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Aplikasi itu kemudiannya berkembang dengan pelbagai ciri termasuk e-dompet dan Selangor Mental Sehat untuk menangani isu kesihatan mental.

Sebelum ini, aplikasi SELangkah mendapat pengiktirafan Kerajaan Persekutuan dengan membenarkan penggunaan sijil vaksinasi bawah program Vaksinasi Selangor (SelVax) menerusi SELangkah.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan