27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

Tular gambar sidang media langgar SOP, Radzi buat laporan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Susulan tersebarnya satu gambar palsu tiada penjarakan fizikal dalam satu sidang media baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook.

Radzi berkata, beliau dimaklumkan mengenai satu hantaran di laman sosial itu yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal semasa sidang media dibuat.

Menurutnya, selepas semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun itu didapati palsu.

“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM (Sekolah Menengah) Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.

“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu. Tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Radzi juga memohon kenalan di Facebook untuk berkongsikan penjelasan berkenaan.

Terdahulu, Radzi dalam lawatannya ke Terengganu bagi meninjau hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka.

Dalam hantaran gambar tular palsu berkenaan, pemilik akaun turut mempersoalkan sama ada pihak sekolah mengamalkan penjarakkan fizikal satu meter.

Baca juga:   PSM badan induk sukan sepak takraw yang sah

Malah menurut pemilik akaun berkenaan, kedudukan meja pelajar berjarak satu meter dan masjid juga berjarak satu meter dinaikkan ke satu meter setengah.

Baca juga:   Tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam

“Menteri Pendidikan Radzi Jidin melawat ke sekolah bercakap tentang pematuhan SOP tetapi diri sendiri gagal mematuhi SOP jarak fizikal.

-EDISI9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan