25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Sengketa punca celaka, harap tak celaka datang – Tok Mat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – “Orang tua-tua kata muafakat punca selamat, sengketa punca celaka, sengketa kita inilah dia, harap-harap tak celaka yang datang. Ini kata orang Negeri Sembilan.”

Demikian kenyataan pedas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung krisis politik yang berlaku di Melaka, menyaksikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tumbang akibat ‘perbalahan’ dalaman parti itu.

Beliau berkata, krisis itu tidak sepatutnya berlaku namun tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan kerajaan pimpinannya jelas membawa padah.

Ekoran tindakan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan bersama ADUN Bersatu Telok Mas, Datuk Effandi Ahmad dan ADUN Bebas Pangkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee menyebabkan kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Baca juga:   PRN Melaka: BN umum calon Sabtu ini melalui platform Facebook

Benda ni tak sepatutnya berlaku, tapi dah berlaku nak buat mcm mana… nasi dah jadi bubur telan sahaja ya.

“… jadi bersiap sedialah, ini kehendak hati masing-masing, inilah yang akan kita hadapi… fahamkan?” kata beliau kepada media selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO Melaka di Alor Gajah, Melaka malam tadi.

Rakaman kenyataan beliau disiarkan oleh Astro Awani.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh/

Baca juga:   Pasukan Cantas Khas pantau samseng PRN - Polis

Sehubungan itu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO mengarahkan kesemua jentera parti di peringkat PDM di negeri itu untuk melakukan gerak kerja bermula hari ini.

Beliau berkata, BN sudah tidak boleh memandang ke belakang lagi kerana perkara yang sepatutnya tidak berlaku telah berlaku sehingga menyebabkan PRN terpaksa diadakan.

“Persiapan jentera mesti dibuat sebaik mungkin dan kesiapsiagaan perlu pada setiap PDM membabitkan jentera masing-masing. Semua mesti bergerak bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Esok (hari ini) carta-carta War Room digerakkan. Saya akan sentiasa datang ke Melaka sehinggalah hari penamaan calon dan kita akan berkempen selama beberapa hari yang ditetapkan oleh SPR,” katanya.

Mengenai tawaran Perikatan Nasional (PN) Melaka untuk bekerjasama menghadapi PRN bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, Mohamad berkata, perkara itu diserahkan kepada BN Melaka.

Baca juga:   Hanya 36% keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari

Walau bagaimanapun, keputusan akhir hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan Pusat.

-EDISI9

Terkini

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel sebuah negara Aparteid

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)...

Lagi Artikel Berkaitan