25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes harian kembali lepasi 9,000; Sarawak tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara kembali melepasi angka 9,000 dengan 9,380 kes hari ini, disumbangkan oleh kesemua negeri yang mencatatkan jangkitan baharu COVID -19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, empat negeri merekodkan kes melepasi angka 1,000 iaitu Sarawak (1,503 kes), Kelantan (1,170 kes), Selangor (1,116 kes) dan Johor (1,105 kes).

“Negeri-negeri yang merekodkan kes tiga digit ialah Sabah (790 kes), Terengganu (704 kes), Perak (629 kes), Pulau Pinang (623 kes), Kedah (556 kes), Pahang (511 kes), Melaka (200 kes), Kuala Lumpur (214 kes) dan Negeri Sembilan (191 kes).

“Perlis (42 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (lapan kes),” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Sehingga kini menjadikan jumlah kes terkini positif COVID-19 sebanyak 2,303,837 kes.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh masih melepasi kes harian dengan 13,045 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh daripada COVID -19 sebanyak 2,144,681 kes.

“Daripada 9,380 kes harian yang dilaporkan, 181 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 9,199 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 851 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 447 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 11 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada lima kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi kesemuanya dilaporkan di Johor, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. -Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan