26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Sah Idris, Nor Azman tergugur sebagai ahli UMNO

Noor Effandi pula tergugur secara automatik sebagai ahli Bersatu susulan tindakannya menyokong pembangkang.

Mesti Baca

CYBERJAYA – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dari UMNO yang menjadi dalang sehingga kerajaan negeri pimpinan parti itu tumbang telah diberi surat pemakluman tergugurnya keahlian parti.

ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan masing-masing menerima surat pemakluman itu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 4 dan 5 Oktober.

Menerusi surat tersebut, Ahmad memaklumkan keahlian kedua-dua mereka dalam UMNO gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta di bawah Fasal 20.11 dibacakan bersama Fasal 20.9 Perlembangaan UMNO.

“Ini kerana tindakan YBhg Datuk pada 4 Oktober 2021 membuktikan YBhg Datuk tidak lagi menyokong kepimpinan dan kerajaan negeri Melaka yang ditunjangi oleh parti UMNO sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Idris dan Nor Azman bersama ADUN Bebas Pangkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Bersatu Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad mendakwa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Advertisements

Susulan itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan akan membincangkan tarikh sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dalam masa terdekat.

Semalam, Ketua Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen memaklumkan, Noor Effandi tergugur secara automatik sebagai ahli parti itu susulan tindakannya menyokong pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, keahlian ADUN Telok Mas itu tergugur secara automatik berdasarkan Perlembagaan parti itu, dan bukannya dipecat oleh parti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan