30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Gangguan Facebook, Whatsapp tiada kaitan siber pandemik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang diragui atau tidak dapat khususnya berkaitan siber pandemik.

Terdahulu, tular satu poster berhubung amaran berlakunya siber pandemik yang dikaitkan dengan gangguan teknikal yang berlaku melibatkan media sosial Facebook dan Instagram, serta aplikasi WhatsApp selama hampir enam jam kelmarin.

SKMM menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, Facebook di pautan https://engineering.fb.com/2021/10/04/networking-traffic/outage/, menjelaskan gangguan teknikal terhadap perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp yang berlaku berpunca daripada perubahan konfigurasi di peringkat penyelarasan trafik rangkaian mereka.

Advertisements

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.

Dalam pada itu, SKMM berkata, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang diragui atau tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan kekeliruan serta panik di kalangan rakyat.

“SKMM sedang giat mengesan pihak yang mengeluarkan poster tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan