32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Presiden UMNO saran DUN Melaka bubar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negeri itu.

Ahmad Zahid berkata, sewajarnya mandat dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baharu untuk memimpin Melaka.

Katanya, beliau tidak hairan jika kehilangan kerajaan yang dipimpin oleh parti pimpinannya.

“Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti saya, tetapi tunggulah, saya fikir elok adakan pilihan raya negeri (PRN) baharu supaya Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan.

“Dan kita beri mandat semula pada rakyat untuk memilih manakah kerajaan terbaik untuk mentadbir negeri dan juga negara kita insya-Allah,” katanya di Parlimen hari ini, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang juga bekas ketua menteri Melaka, mengumumkan bahawa beliau dan tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

“Saya Idris Haron, ADUN Sungai Udang, bersama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” kata bekas Ketua Perhubungan UMNO Melak itu.

Tiga wakil rakyat yang lain itu adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berharap kemelut politik yang berlaku di Melaka tidak akan menular ke Dewan Rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu mesej App memaklumkan satu sidang media akan diadakan petang nanti.

Sidang media berkenaan dijangka akan mengumumkan mengenai kedudukan DUN Melaka.

“Presiden sentiasa berhubung dengan pengerusi Umno Melaka,” katanya.- Edisi 9

“Dimaklumkan akan ada sidang media petang ini oleh Speaker dan Ketua Menteru. Kita tunggu keputusan yang betul akan diambil,” katanya.

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan